Wednesday, 18 May 2011

iman mahadi

Masalah Imam Mahadi


Sebelum kita melangkah lebih jauh dalam persoalan Al Mahdi ini... hendaklah kita maklumi awal-awal bahawa kepercayaan kepada Al Mahdi bukanlah termasuk ke dalam perkara pokok agama Islam. Ia bukan sebahagian daripada Rukun Iman atau Rukun Islam. Sama ada percaya atau tidak, ia tidak akan merosakkan iman atau aqidah kita.


Kesimpulan kecilnya: Setiap individu berhak untuk percaya atau tidak akan kewujudan Al Mahdi.


Kenyataan beberapa orang tokoh Islam tentang mempercayai Al Mahdi:

Prof. Kiyai Anwar Musaddad-Ulama terkenal Indonesia:
"Kita tidak boleh menghukum kafir, sesat atau terkeluar daripada aqidah Islam terhadap orang yang memeprcayai kewujudan Al Mahdi, termasuk orang yang mengijtihadkan atau menentukan seseorang itu sebagai Al Mahdi, kerana Al Mahdi tidak termasuk dalam senarai aqidah pokok."

Tuan Guru Haji Abdullah Long-guru agama terkenal dan pengamal Tariqat Naqsyabadiah,Muazzam Syah:
"Kemunculan Imam Mahdi pada akhir zaman mempunyai nas yang mutawatir yang boleh didapati dalam kitab-kitab karangan ulama muktabar. Bagaimanapun ini bukan soal aqidah."

Tuan Guru Syed Omar Al Idrus (cucu waliyullah Tukku Paloh, Terengganu):
"Persoalan Imam Mahdi itu sendiri menjadi khilafiah para ulama."

Dr. Mahmud Saedon-pensyarah UIA, 1988:
"Kepercayaan kepada konsep Imam Mahdi bukan persoalan aqidah yang terpokok dalam Islam."


Puluhan malah mungkin ratusan hadith dan atsar tentang Al Mahdi boleh kita muatkan di sini namun antaranya terdapat yang dhaif malah yang palsu.

Berikut adalah hadith-hadith yang saya pegang (secara peribadi-boleh jadi betul atau salah pada orang lain):

"Dunia tidak akan hancur sehinggalah (muncul) seorang lelaki dari kalangan kaum keluargaku, yang namanya seperti namaku (Muhammad bin Abdullah) memerintah seluruh bangsa Arab."
(Turmizi)

"Jika tinggal hanya sehari saja lagi sebelum kiamat tiba, nescaya Allah akan mengutuskan saeorang lelaki dari kaum keluargaku yang akan memenuhkan dunia ini dengan keadilan dan kesaksamaan, seperti sebelumnya dunia ini dipenuhi dengan penindasan."
(Abu Daud)

"Al Mahdi yang dinanti-nantikan itu adalah daripada kaum keluargaku. Allah akan menyempurnakannya dalam satu malam sahaja."
(Ibnu Majah)

"Al Mahdi itu dahinya luas dan hidungnya mancung. Dia akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan seperti sebelumnya bumi ini dipenuhi dengan kezaliman dan penindasan. Dia akan memerintah selama tujuh tahun."
(Abu Daud)

"Al Mahdi itu adalah daripada keturunanku, daripada anak-anak Fatimah."
(Ibnu majah & Abu Daud)

Walaupun banyak hadith dan riwayat yang palsu dan dhaif tentang Al Mahdi,. namun jika dihimpunkan kesemua khabar dhaif dan hasan yang ada, maka secara mutawatirnya Al Mahdi memang wujud.


Ini juga adalah pegangan saya secara peribadi, dan saya tidak pula berusaha untuk mengajak orang lain mempercayainya kerana ia bukanlah perkara pokok dalam agama.


Apa yang paling PENTING, janganlah isu yang kedudukannya di hujung agama ini dijadikan perbalahan dan saling menyesatkan. Kita saling menghormati pendapat orang lain asalkan mereka ada hujah yang baik.


Sebagai tambahan:


Saidina Umar Al Khatthab pernah meramalkan bahawa pada suatu masa nanti akan lahir daripada sulbinya( keturunannya) seorang yang bersifat sepertinya malah bernama seperti namanya.


Ini adalah riwayat yang amat biasa- tidak banyak sanad- tidak mutawatir- tidak dipandang orang pun- tidak dinanti-nantikan kedatangannya- tidak bertaraf sahih pun perkataan S. Umar ini. Namun ternyata ramalan sedhaif ini benar apabila munculnya Khalifah Umar Abdul Aziz!


Bandingkan dengan riwayat tentang Al Mahdi yang jauh lebih kuat berbanding ramalan Saidina Umar- banyak riwayatnya- mutawatir-disokong banyak ulama- dinanti-nantikan kedatangannya, ada hadith-hadithnya yang bertaraf hasan, maka tidak mustahil Al Mahdi memang wujud.


Apa kaitannya dengan kita umat Islam...

Untuk mereka yang percaya:


Kalau kedatangan Al Mahdi memang benar, mereka mendapat keuntungan kerana sedikit sebanyak telah ada persediaan sekurang-kurangnya untuk menjalani kehidupan pada zaman Al Mahdi. Lebih bertuah lagi kalau dapat berjuang bersama-sama Al Mahdi dan tidak mustahil mereka sedang berada dalam jemaah yang bakal menjadi tentera Mahdi itu sekarang.Perjuangan mereka juga akan lebih tersusun kerana sudah tahu ke mana arah Al Mahdi menakluk, bila, selepas apa, apa tentera atau musuh yang akan dihadapi selepas ini berpandukan hadith-hadith tentang perjuangan Al Mahdi. Umat Islam tidak akan terburu-buru untuk mengusir Yahudi daripada Palestine kerana sedia maklum yang para Yahudi itu dikumpulkan Tuhan di Palestine hanyalah untuk melengkapkan ramalan akhir zaman tentang pembantaian besar-besaran umat Yahudi di sana oleh Al Mahdi, Nabi Isa as dan tentera Islam.


Kalau tidak benar- mereka tidak akan kerugian apa-apa kerana ia melibatkan kepercayaan sahaja.

Untuk mereka yang tidak percaya:


Kalau kedatangan Al Mahdi benar, mereka akan mengalami sedikti kerugian kerana tidak bersedia untuk hidup dan berjuang mengikut keperluan semasa era Al Mahdi. Ditakuti juga mereka akan termenentang jemaah Al Mahdi tanpa disedari.


Kalau kedatangan Al Mahdi tidak benar, mereka tidak rugi apa-apa dan tidak untung apa-apa.



Tamsilan:


Sekiranya selepas kita mati ternyata syurga dan neraka itu memang wujud, maka orang yang percaya punyai peluang cerah untuk selamat kerana mereka telah beramal di dunia. Kalau tidak ada pun, mereka hanya rugi masa di dunia selama 70-80 tahun sahaja kerana banyak beribadah.


Sekiranya selepas mati syurga dan neraka memang ada, maka orang yang tidak percaya akan rugi selama-lamanya- bertrillion tahun. Kalau tidak adapun, mereka masih tidak untung apa-apa.



Kita boleh membuat pilihan yang bijak.

Siapakah yang paling kuat agar umat Islam tidak percaya kepada Al Mahdi?

Tidak lain adalah Yahudi laknatullah... kerana mereka tidak mahu umat Islam bersatu dengan Al Mahdi lalu mendapat kemenangan menghancurkan mereka. Pelbagai jarum-jarum halus ditusukkan sama ada dari luar atau dari dalam Islam sendiri agar umat Islam tidak mempercayai hal ini.



Akhirnya, dari sudut pandangan perjuangan gerakan Islam:

Para sahabat menjayakan zaman Mekah dan Madinah yang pertama dengan adanya satu peribadi agung bersama mereka iaitu Rasulullah. Pejuang Islam hari ini tanpa satu peribadi agung mahu kembalikan zaman Mekah dan Madinah yang kedua.
Bolehkah?


Para sahabat sendiri tidak mampu melakukannya tanpa satu peribadi agung, bagaimana para pejuang hari ini dapat merealisasikan zaman Mekah dan Madinah yang kedua tanpa satu peribadi agung?


Kita faham, pejuang hari ini tidak sehebat para sahabat. Logikkah kita yang tidak sehebat para sahabat ini dapat mengulangi kejayaan para sahabat+1 peribadi agung?


Maka untuk menyeimbangkan kuasa para sahabat dan peribadi agung ini, zaman Mekah dan Madinah kedua hanya akan direalisasikan dengan gabungan Al Mahdi dan ikhwan hari ini. Namun itu belum cukup, kerana Al Mahdi tidak setanding Rasulullah manakala ikhwan hari ini tidak setanding para sahabat.


Maka untuk medekatkan jurang ini, diturunkan bersama Al Mahdi dan ikhwan pejuang hari inisatu lagi peribadi agung iaitu Nabi Isa.

Zaman gemilang 1 dilakukan oleh Nabi Muhammad bin Abdullah + sahabat.
Zaman gemilang 2 dilakukan oleh Al Mahdi Muhammad bin Abdullah + ikhwan + Nabi Isa.

Tamat pandangan peribadi saya.

‘BerTuhankan Allah, Bersyariatkan Syariat Muhammad saw’

kredit: AZulfiqar


Salam Ukhuwah..~

Tuesday, 17 May 2011

Kehebatan Bangsa Melayu

Piramid Melayu Tersembunyi Di Lautanan Jepun ??


Tidak lama dahulu, beberapa pengkaji telah menjumpai satu kaum yang tinggal di tepi sebuah tasik di pedalaman Jepun. Kaum ini begitu jauh dari pembangunan dan masih mengamalkan cara hidup tradisional. Bahasa kaum ini tidak mampu difahami oleh para pengkaji tersebut dan bahasa mereka tidak pula punya persamaan dengan bahasa Jepun mahupun bahasa-bahasa sekitar. Namun anehnya, para pengkaji tersebut mengesan tiga perkataan yang memungkinkan hubungan mereka dengan satu bangsa lain. Perkataan itu adalah : mata, batu dan air.

Rasanya ramai daripada kalian yang sedang membaca entry ini masih ingat, pada siaran Channel Salam Ukhuwah 19 April 2011 Tok Wan ada sebut bahawa binaan Piramid yang kita nampak di Mesir itu sebenarnya bukan dibina pada zaman Firaun ( anta 3 ke 5 ribu tahun dahulu) tetapi dibina pada 10 ribu tahun dahulu ketika sebelum banjir besar zaman Nabi Nuh berlaku. Baru minggu lepas seorang rakan menghantar e-mail yang memuatkan maklumat terbaru yang ditemui ahli arkeoloji berhubung binaan berbentuk Piramid didasar laut pada kedalaman 100 kaki.

Dibawah ini ialah link untuk melihat semula rakaman pada 19 April 2011 sebelum Tok jumpa maklumat terbaru Piramid di Jepun. Sila klik pada pautan dibawah.



Di laut sekitar Okinawa, berdekatan Pulau Yonaguni, telah dijumpai sebuah struktur piramid menyerupai ziggurat di dasar laut! Piramid ini terletak kira-kira 100 kaki ke dalam laut dan mempunyai gerbang, tangga dan jalan berturap batu. Pakar mengatakan usia piramid ini berdasarkan ujian radiokarbon ialah kira-kira 8000 tahun Sebelum Masehi, dan peradaban Jepun ketika itu hanyalah berdasarkan cara hidup memburu binatang dan mengumpul makanan untuk sara diri. Peradaban piramid di Mesir bermula kira-kira 5000 tahun selepas itu. Siapakah yang membina piramid ini? Satu penemuan yang masih dirahsiakan oleh para pengkaji ialah : tulisan mirip tulisan Rencong telah ditemui di barat daya struktur itu terukir di 'hall chamber' di sebelah dalam piramid, yang merupakan 'access denied' atas sebab-sebab yang tidak munasabah oleh pihak-pihak tertentu.

Jim Mower, seorang ahli arkeologi di Universiti College London telah menimbulkan pandangan bahawa sekurang-kurangnya usia peradaban dasar laut Okinawa itu menjangkau 10,000 tahun dan peradaban ini kalau tidak melebihi sudah pasti setaraf dengan peradaban Mesopotamia dan Lembah Indus. Ahli arkeologi itu juga mengatakan bahawa "ini telah mengubah banyak pandangan tentang peradaban Asia Tenggara". Perhatikan, beliau tidak berkata tentang 'peradaban Asia Timur'.

Saya merasakan semua orang sudah tahu tentang satu keris purba yang ditemui di sebuah kuil purba di Okinawa. Ya...Okinawa lagi.



MISTERI GEN BANGSA MELAYU

Sebab itulah, tidak berapa lama dahulu beberapa penyelidik di Mistis Organization telah berusaha menghubungi seorang gadis yang juga seorang prodigi senyap dalam bidang sejarah di Malaysia. Gadis ini memiliki ciri-ciri kehidupan seperti beberapa prodigi terkenal dari gen bangsa misteri ini ; Adiputra, Sufiah Yusuf (kedua-duanya prodigi matematik ketika kanak-kanak) atau Ainan Celeste Cawley (prodigi kimia) sekadar menamakan beberapa contoh popular. Di Singapura, telah acapkali lahir prodogi-prodigi Melayu seperti di Nanyang Technological University, dan kisah seorang pemuda Melayu yang mendapat cGPA 4.00 dalam Fizik di Eropah.

Mistis Organization telah memantau gadis ini sejak dia berusia 12 tahun dan mula membuat kajian bagaimana beratus-ratus prodigi Melayu yang menunjukkan pencapaian luar biasa ketika kecil, mula menyusut bakat luarbiasa mereka apabila dewasa. Ingatkah saudara saudari akan Mohd. Shukri Hadafi, ketika kecilnya pada usia tiga tahun sudah mampu membaca suratkhabar. Mohd. Shukri Hadafi pernah menjadi anak angkat Prof. Diraja Ungku Aziz dan muncul dalam filem Menanti Hari Esok arahan Jins Samsuddin pada tahun 1977. Namun kehidupannya selepas itu menempuh hari-hari gelap dan akhirnya menjadi seorang penagih dadah.

Perlukah selepas ini saya menceritakan kepada anda, tentang Sufiah Yusuf?

Biar kami beritahu anda satu rahsia, sebagai pembukaan dari saya, merangkap 3rd Order dalam organisasi. Ada sekumpulan pemikir di sebelah Barat telah mengkaji kemungkinan kacukan gen Melayu dengan mana-mana bangsa akan memudahkan lahirnya prodigi-prodigi luarbiasa bertaraf dunia. Mereka telah mula menyedari bahawa kacukan gen Melayu dan gen bangsa lain adalah kunci kepada 'manusia-manusia mutan' masa hadapan. Mereka telah mula memilih beberapa anak-anak muda dan melatih mereka serta menghantar mereka untuk cuba memikat gadis-gadis Melayu. Mengapa gadis Melayu? Kerana percubaan sebelum ini menghantar gadis-gadis mereka untuk membuat hubungan dengan lelaki Melayu menemui kegagalan, ada diantara gadis-gadis mereka 'dipaksa' mempelajari agama Islam dan ini berakhir dengan kes perebutan anak atau penceraian. Anda tahu pada era mana terdapat kekerapan kes-kes lelaki Melayu menghadapi kes perebutan anak dengan wanita asing bukan? Ya, dan saya ingin tekankan tentang 'sebab-sebab wanita-wanita asing itu begitu degil untuk mengambil anaknya dari gen Melayu itu, lari ke negaranya'. Saya boleh terima alasan ini ; kasih sayang seorang ibu.

Gadis ini mampu membaca sejarah Sriwijaya 500 tahun sebelum Masehi dan menterjemah tulisan-tulisan Mesir Purba dan maksud-maksud di dalam The Egyptian Book of The Dead, The Black Book dan The Golden Book of Scarab Ankh. Untuk mengetahui sejarah Melayu lebih 1000 tahun sebelum Masehi, terpaksa mencarinya di dalam kitab-kitab paling misteri di dunia The Mummy dan piramid yang menakjubkan!

Jika orang Melayu yang dungu berusaha memadamkan sejarah bangsanya sendiri, saya nasihatkan anda akan menemui kegagalan paling pahit kerana orang Mesir Purba, Phoenicia, Assyria, Babilon dan sejauh Viking di utara Eropah...mereka ada menyimpan jejak sejarah Kemelayuan yang paling misteri. Jika anak-anak Melayu yang bingung dan orang lain yang cemburu cuba membakar 'Sejarah Melayu'...malangnya 'Sejarah Melayu' telah di'fotostat' banyak-banyak dan diberi kepada bangsa-bangsa lain. Sepertimana Maharaja Sriwijaya telah menghantar keturunannya untuk membina berpuluh-puluh negarakota untuk mengekalkan survival dan hegemoni, maka sejarah Kemelayuan telah disimpan kemas dalam lipatan sejarah bangsa-bangsa lain untuk tujuan yang sama.

MELAYU - THE LOST TRIBE

Raja kepada segala Raja di Timur ialah empayar agung Melayu. Betapa hebatnya Raja bagi segala tamadun Timur ini apabila mereka terkenal dengan gelaran Raja Lautan dan Raja Daratan. Di mana-mana negeri-negeri yang berada dalam naungan mereka :-

ada yang digelar tanah penghujung dunia,
ada yang digelar Semenanjung Emas,
ada yang digelar Survana Bumi,
ada yang digelar Golden Chersonese,



Bayangkanlah, hinggakan hamba-hamba di istana mereka juga mampu dihiaskan dengan emas. Ini belum lagi dibincangkan tentang sistem matawang mereka, kerana bangsa Melayu sebenarnya gemar berniaga dengan menggunakan emas, tetapi ke mana perginya semua rekod-rekod agung ni? Kemana perginya senjata-senjata canggih Melayu? Di mana perginya armada-armada laut Melayu yang besar gedabak dengan nama jolokan “JONG". Adakah ianya jauh lebih lebar dari kapal Laksamana Cheng Ho? Rekod sejarah yang benar ini semuanya selamat disimpan dalam arkib-arkib museum terkenal di Eropah dalam genggaman ejen sulit yang bertopengkan sang penyelamat.

Mereka menubuhkan kerajaan BUNGA di tebing-tebing pergunungan. Kerana itu istilah Banjaran HiMalaya kekal hingga ke hari ini¦ Mengenangkan bangsa gunung yang hebat lagi kuat dengan rajanya.

Jika anda sedar, bangsa Melayu-lah bangsa yang paling gemar menanam bunga-bunga di halaman rumah. Bunga sebenarnya terlalu sinonim dengan bangsa ini. Berhentilah menjadi goyyim kerana anda bukanlah sebuah robot ciptaan ejen Yahudi yang bertopengkan sang penyelamat. Tetapi anda sebenarnya adalah seorang pejuang yang dilahirkan sebagai bangsa Melayu dibumi Mala ini.


Bangsa Melayu juga merupakan bangsa terawal membina tugu-tugu kota yang merentasi dari :

*UTARA (kemboja, cempaka, melati, petani, langkasuka, cermin,
segenting)
*TENGAH (kelantan, pahang, johor, melaka, kedah tua, selangor)
*TIMUR (funan, okinawa, sulu,)
*SELATAN (sumatera, riau, jawa)

Begitu hebatnya tamadun agung Melayu itu yang hanya segelintir sahaja para pewaris diraja yang tahu. Rekod tamadun ini berjaya disembunyikan oleh golongan Iluminati sehinggakan hampir kesemua teknologi Melayu dahulu kala berjaya disimpan di arkib-arkib tersohor dunia di Eropah. Tidak cukup dengan itu, tinggalan sejarah yang agung ini turut dikaji di dalam makmal-makmal oleh pengkaji logam. Bolehkah anda bayangkan bagaimanakah laksamana-laksamana dan pendekar-pendekar Melayu boleh sampai ke Hawaii dari semenanjung kepulauan cebu tanpa sesat dengan hanya berpandukan sejenis alat apungan dari cerdik pandai anak Melayu.

Saya amat yakin kini bahawa golongan Illuminati sedang memerhatikan bangsa Melayu. Mereka pasti tidak akan sesekali lupa pada ramalan seorang tukang tilik dari kalangan bangsa mereka, Nostradamus, yang berbunyi :

"Dia muncul dari negeri yang terletak di pertemuan tiga buah laut. Negara Timur tempat perjuangan pemimpin tersebut terletak di pertemuan tiga buah laut."

-Nostradamus

Binaan Piramid yang dijumpai dalam laut di Jepun itu dapat anda saksikan menerusi video dibawah ini.



kredit:pakbelang


Salam Ukhuwah..~

Monday, 16 May 2011

"port" syaitan...

10 Kediaman Syaitan Dilubuk Hati Kita


Gambar sebagai hiasan sahaja.

Imam Ghazali r.a telah menggariskan kepada kita sepuluh perkara yang menyebabkan syaitan bermaharajalela di lubuk hati kita....

1. Marah dan Syahwat

2. Hasad Dengki dan Tamakkan Dunia

3. Kekenyangan Akibat Makan Terlalu Banyak

4. Terlalu Menghias Diri

5. Keinginan Mengampu

6. Harta dan Wang Ringgit

7. Lokek dan Takut Miskin

8. Terlalu Fanatik,Taasub dan Berdendam

9. Terlalu Memikirkan Tentang Zat dan Sifat Allah SWT Tanpa Ilmu Pengetahuan dan Diluar Batas Akal Fikiran Manusia

10. Sangka Buruk Sesama Kaum Muslimin



Salam Ukhuwah..~
credit: blog tok wan

Thursday, 12 May 2011

Kelebihan zikir ‘Laailaha illallah’

Di mana sahaja dan pada apa sahaja masa hendaklah baca zikir ‘Laailaha illallah’ dengan banyaknya



Kelebihan:

1.     Di dalam hadis bahawa zikir yang tidak terhad kepada sebarang masa, tempat dan alasan ialah ‘Laailaha illallah’. Ia merupakan zikir yang cemerlang. Di dalam hadis yang lain bahawa ia adalah bentuk kebaikan yang tertinggi.



2.     Di dalam hadis yang lain bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: pada hari kiamat orang yang paling beruntung mendapat syafaatku ialah orang yang banyak membaca kalimah ‘Laailaha illallah’ dengan hatinya dan jiwanya iaitu dengan hati yang ikhlas.



3.     Di dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda: Orang yang membaca ‘Laailaha illallah’ di dalam keadaan penuh keikhlasan di dalam hatinya atau iman bersamaan dengan sebiji barli, maka ia akan dikeluarkan dari neraka jahanam. Dan orang yang membaca kalimah ini dan di dalam hatinya terdapat keikhlasan atau iman bersamaan sebesar biji gandum maka ia akan dikeluarkan dari api neraka jahanam dan orang yang membaca dengan penuh kebaikan atau iman maka ia juga akan dikeluarkan dri api Neraka Jahanam.



4.     Di dalam hadis lain terdapat: Orang yang membaca kalimah ‘Laailaha illallah’ dari hatinya, ia pasti akan memasuki syurga walaupun ia melakukan dosa seperti berzina dan mencuri, walaupun ia melakukan zina dan mencuri, walaupun ia melakukan zina dan mencuri. (Nabi SAW telah mengulangkannya sebanyak 3 kali)



5.     Hadis lain: Rasulullah SAW bersabda: Hendaklah kamu sentiasa perbaharui iman kamu. Para sahabat Rasulullah SAW berkata ‘Wahai Rasulullah SAW, bagaimanakah kami perbaharui iman kami? Rasulullah SAW menjawab ‘ucapkanlah Laailaha illallah sebanyaknya’.



6.     Hadis lain: Rasulullah SAW bersabda: Tiada yang dapat menghalang kalimah ‘Laailaha illallah’ sampai kepada Allah



7.     Hadis lain: Zikir ‘Laailaha illallah’ tidak akan meninggalkan satu dosa pun di belakang dan tiada satu amalan yang menyamainya.



8.     Hadis lain: Jika tujuh petala langit dan bumi diletakkan di satu dacing dan dengan kalimah ‘Laailaha illallah’ diletakkan di atas dacing  yang lain, maka (kalimah) lebih berat lagi.



9.     Dalam hadis: Apabila seorang hamba mengucapkan kalimah ‘Laailaha illallah’ dengan ikhlas hati, maka pintu langit terbuka bagi kalimah ini sehingga ia sampai ke Arasy, dengan syarat ia menjauhkan diri dari dosa besar. 

          

Wednesday, 11 May 2011

hukum wanita menyanyi...

HUKUM WANITA MENYANYI DISISI ISLAM

Umat Islam terutamanya para muda mudi amat meminati muzik dan lagu. Para remaja Islam dari kalangan lelaki dan wanita juga tidak terkecuali dari menjadi peminat muzik ini. Walau bagaimanapun, mereka mengalihkan minat itu kepada dendangan lagu-lagu nashid yang liriknya membawa kepada kebaikan dan kesedaran agama.

Tidak dapat dinafikan, banyak juga nasyid-nasyid ini yang dilihat menyimpang dari landasan asal lalu sifat komersialnya melebihi nasihatnya. Liriknya yang asalnya membawa kepada nasihat agama mulai bertukar kepada puja-puji wanita dan kekasih. Bezanya dengan lagu pop rock, biasa hanyalah kerana ia diadun sedikit dengan menyebut nama-nama Allah sekali sekala, kalimah Islam atau apa-apa elemen Islam.
Amaran Allah
Allah SWT yang menciptakan manusia sememangnya telah memberi peringatan akan hal ini apabila menyebut :-
Maka janganlah kamu wahai wanita, merendahkan (melembutkan) suaramu maka dibimbangi orang yang berpenyakit di hatinya beringinan jahat kepadamu, maka bercakaplah hanya dengan kata-kata yang baik (kandungan dan tatacaranya)" (Al-Ahzab : 32)

Para ulama tafsir menyebut, suara wanita yang dilagukan adalah termasuk dari kecantikan-kecantikan (yang tidak harus dipertonton dan dipeerdengarkan kepada lelaki bukan mahram) tiada khilaf dalam hal ini ( Adwa al-Bayan, 5/10 : At-Tashil Li Ulum At-Tanzil, 3/137 ; ) Imam As-Suddi berkata : larangan ini bermaksud kaum wanita menipiskan suaranya (lembut, lunak dan manja) apabila bercakap di hadapan khalayak lelaki.

Imam Qurtubi pula mengatakan, kerana suara yang sebegini akan menjadikan orang-orang lelaki munafiq dan ahli maksiat berfikir jahat (Tafsir Ibn Kathir, 3/483 ; Al-Jami' Li Ahkam Al-Quran, 14/177)

Berdasarkan dalil ayat ini, apa yang boleh saya fahami adalah nyanyian wanita juga tergolong dalam bab yang diharamkan oleh Islam apabila ia diperdengarkan kepada lelaki yang bukan mahram. Adapun jika ia dinyanyikan oleh kanak-kanak wanita yang belum baligh atau ia dinyanyikan khas untuk para wanita. Ia adalah dibenarkan.
Yang dilembutkan dengan sengaja, dimanjakan dan dimerdukan. Ianya adalah diharamkan untuk diperdengarkan kepada khalayak lelaki secara Ijma' selama-lamanya. ( An-Nihayah, Ibn Athir, 42/2 ; Lisan al-Arab, Ibn Manzur , 73/8 ; Tafsir At-Tabari ; 3/22 ; Hasiyah At-Tohawi ; 1/161)

Maka kumpulan penyanyi wanita hari ini termasuk di dalam kumpulan yang yang diharamkan Allah. Malah bukan sekadar ‘illah suara sahaja yang boleh menjadikan mereka tercebur dalam perkara haram, malah pakaian dan pergerakkan mereka di khalayak awam juga.

Kebiasaannya apabila persembahan di buat, mereka kerap bersolek-solekan dengan pakaian yang canggih manggih.

Di samping itu, duduk pula di atas pentas menjadi tontotan lelaki, jika para ulama semasa menghukumkan haramnya bersanding pengantin di atas pentas dalam keadaan senyap tanpa berkata.

Apatah lagi kumpulan penyanyi wanita yang bersolek adakala seperti pengantin ini dan melentuk-lentuk tubuh dan suaranya di hadapan lelaki bukan mahram, sudah tentu haramnya lebih besar. Dengan pakaian yang menjolok mata ditambah ketat, perkara ini menjadi suatu fitnah kepada umat Islam.

Selain itu juga, hukum memberi sokongan dan menaja penyanyi wanita adalah haram malah dilaknat Allah dan Rasulullah saw. Ini berdasarkan kepada sabda nabi saw yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi: “Laknatlah penyanyi perempuan dan kepada siapa mereka perdengarkan nyanyian (pendengar)”

Rasulullah juga menyatakan bahawa petanda kepada kiamat adalah berleluasanya penyanyi dan penari wanita yang tidak mempunyai perasan malu dan aib kepada lelaki.
Perkara haram adalah haram dan yang halal tetap halal. Kesimpulannya adalah wanita yang menyanyikan lagu adalah suatu perkara haram mutlak selama-lamanya. Manakala, pihak yang terlibat juga mendapat saham dosa selama mana dia tidak bertaubat kepada Allah Taala.

credit to : mujahid islam

kelebihan al quran

Kesan Syaitan atas Pembaca Pengamal Al Quran



Persiapkanlah dirimu dengan amalan, selagi nyawa dikandung badan...

"DUNIA adalah PENTAS, AKHIRAT tempat yang sebenar"


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana

'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'


Salam Ukhuwah..~
credit blog tok wan..

suatu ketika dulu...

Suatu Masa Dulu: Kuasa Kerajaan Islam


Dunia dipenuhi kesejahteraan dibawah pemerintahan kita...
Dunia Barat dalam kegelapan...
Dunia kita dipenuhi dengan kemajuan..

Suatu masa dahulu....
Dunia Barat gerun dengan Tentera-tentera kita...
Tentera-tentera kita sedia BERJIHAD!!!!
mereka tidak berani ganggu kita....


Datuk Nenek Moyang Kita pernah menguasai 2/3 dunia
dibawah satu bendera...

Malaysia pula suatu masa dahulu dibawah Pemerintahan Kesultanan
Melayu Melaka... dibawah naugan empayar Islam Turki Uthmaniah...

Kita dahulu dapat melaksanakan Undang-Undang Islam...
Dapat laksanakan Hukum Hudud, Qisas, Jinayat dll dalam
undang-undang Kanun Melaka...
Apabila Hukum ALLAH dilaksanakan...
Negara kita Aman...

Pada masa sekarang....
kita ditindas dimana-mana...

Palestin... kita disembelih...
Afghanistan.... kita dibom
Iraq... kita ditembak...
Chechnya... kita dibunuh.....

Sila bagi komen dan Pendapat anda....
dimana silapnya KITA???



Salam Ukhuwah..~
credit to bolg tok wan